Pagi-pagi lagi dah buat aku sakit hati...'Dia' ni dah masuk kali ke-2 bergurau kasar dengan aku..Hello brader, lu ape hal?? Wa tak usik lu, lu tak payah kacau gua lah...
1st time dulu dengan tak semena-mena dia melulu masuk kat bilik aku tanya boss gi mana..masa tu aku ok lagilah...dalam terkejut aku masih mampu menjawab, 'outstation..'..dan dengan angkuhnya dia berkata...'next time kalau boss nak gi outstation report dengan dia dulu..' Aisehman...ini dah melampau. Eh!! apa hal ni, datang tak dijemput tiba-tiba sergah aku and cakap yang bukan-bukan. Aku diam langsung tak mau respon dengan lawak bodoh dia tu.
Pagi ini aku lalu nak pergi ambik air kat mesin air 'tonggeng'...aku bawak sekali flask air boss aku, tumbler air (600ml) aku dan 1 mug (yg biasanya aku isi separuh mug aje tau!!). Tiba-tiba dia sergah aku lagi dengan statement YANG SANGAT IRRITATING...'eh ini tak acilah ambik air banyak-banyak'...dah cakap dengan suara yang kuat dan lantang sampai the whole department dengar. Untung nasib aku tak suruh kau ambik air untuk aku dan boss aku..Kalau tak puas hati atau marah aku ambik air kat situ, tak payah jerit-jerit sampai semua orang dengar...cakap terus dengan aku..
Astaghafirullahalazim, hari ini benar-benar mencabar sabar aku..Aku takut kalau dia sergah aku buat kali ketiga mahu jugak aku jadi HULK ggggggrrrrrrrrr